awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

F1: Grand Prix Turki dibatalkan

Astro Awani
Astro Awani
15/05/2021
00:06 MYT
F1: Grand Prix Turki dibatalkan
Pemandangan di litar GP Turki F1 di Istanbul Park, Istanbul, 15 Nov, 2020. REUTERS
AKIBAT keadaan penularan COVID-19 yang semakin teruk, Grand Prix (GP) Turki terpaksa dibatalkan, dua minggu selepas ia disenaraikan dalam kalendar perlumbaan.
Aksi tersebut sebaliknya akan digantikan dengan perlumbaan Formula One (F1) kedua di Austria.
GP Turki disenaraikan dalam kalendar dan dijadual berlangsung 11 ke 13 Jun, bagi menggantikan GP Kanada yang dibatalkan susulan larangan perjalanan dilaksanakan negara itu.
"Kita semua tidak sabar menunggu perlumbaan di Turki tetapi dengan adanya larangan perjalanan, kita tak akan boleh berada di sana pada Jun nanti," kata ketua eksekutif Formula One, Stefano Domenicali pada Jumaat.
"Formula Satu telah membuktikan sekali lagi yang ia mampu bertindak balas dengan cepat terhadap perkembangan semasa dan mencari penyelesaian," tambahnya.
Turki tiada pilihan lain, selepas ia diletakkan dalam senarai merah perjalanan negara-negara berisiko United Kingdom (UK).
Tujuh daripada 10 pasukan F1 berpangkalan di UK.
Pembatalan ini bermakna, tiada perlumbaan berlangsung selama tiga minggu berturut-turut.
Topic Berkaitan
#F1
#Turki
#sukan
#Grand Prix
#senarai merah
#perjalanan
#negara berisiko
#United Kingdom
#GP Turki
#GP Kanada
#Formula One
#Formula 1
#perlumbaan
#kalendar
#larangan perjalanan
#Stefano Domenicali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan