awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

F1: Michael Schumacher kini seorang datuk

Astro Arena
Astro Arena
08/04/2025
04:15 MYT
F1: Michael Schumacher kini seorang datuk
Schumacher telah menjalani dua pembedahan otak, terselamat daripada semua kemungkinan, tetapi kekal dalam keadaan kritikal. - Stadium Astro
MICHAEL Schumacher kini bergelar datuk selepas anak perempuannya, Gina, menimang cahaya mata. Gina Schumacher mengumumkan dia mengandung Disember lalu dan mengumumkan kelahiran bayi, Millie, hasil perkahwinan bersama suami, Iain Bethke.
Berita itu diumumkan selepas Gina dan Bethke berkahwin pada September di Majorca.
Akhbar Jerman BILD melaporkan pada masa itu bahawa 'kemungkinan besar' juara dunia tujuh kali Schumacher hadir, hampir 11 tahun selepas kemalangan main ski yang hampir maut, walaupun maklumat itu masih lagi tidak disahkan.
Mengumumkan kelahiran Millie di media sosial, Gina dan Iain menulis di Instagram, "Selamat datang ke dunia, Millie Dilahirkan pada 29 Mac, hidup kami lebih lengkap daripada sebelumnya. Kami sangat bertuah kerana memiliki awak dalam hidup kami."
Gina merupakan atlet ekuestrian yang berjaya, dan telah bersama Iain, yang juga peminat kuda, sejak 2017. Hidup Schumacher berubah selama-lamanya selepas kemalangan tragis 11 tahun lalu.
Setelah menghabiskan kariernya dengan mahir mengemudi jentera terpantas di dunia, sebelum bersara dalam keadaan sihat pada 2012 pada usia 43 tahun, Schumacher hampir kehilangan nyawanya dalam kemalangan setahun kemudian.
Pada percutian ski keluarga di Meribel, dia mengalami kemalangan dan patah tengkoraknya, menyebabkan kecederaan otak.
Dia telah menjalani dua pembedahan otak, terselamat daripada semua kemungkinan, tetapi kekal dalam keadaan kritikal.
Pada April 2014, doktor telah memulakan proses mengeluarkan Schumacher secara beransur-ansur daripada koma, dan menjelang Jun dia dianggap selamat untuk bergerak. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Michael Schumacher
#F1
#bergelar datuk
#timang cucu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan