awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

F1 Singapura GP 2022: Tiket mula dijual 13 April

Bernama
Bernama
11/04/2022
09:59 MYT
F1 Singapura GP 2022: Tiket mula dijual 13 April
Pengunjung berpeluang menonton aksi perlumbaan dan hiburan luar trek di Taman Litar pada perlumbaan hujung minggu. - Gambar fail
SINGAPURA: Tiket Formula 1 Grand Prix Singapura 2022 akan dijual kepada orang ramai mulai 10 pagi, 13 April oleh pihak penganjur, Singapore GP Pte Ltd.
Selepas berehat selama dua tahun, Singapore GP memaklumkan sukan permotoran dan hiburan terbesar Asia itu bakal kembali beraksi di Litar Jalan Marina Bay dari 30 September hingga 2 Oktober.
Memetik laman sesawangnya Singapore GP hari ini, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai jenis tiket grandstand untuk tiga hari (S$298 hingga S$1,288) dan pakej gabungan (S$698 hingga S$1,088).
Pengunjung berpeluang menonton aksi perlumbaan dan hiburan luar trek di Taman Litar pada perlumbaan hujung minggu.
Senarai penuh acara hiburan akan dikeluarkan dalam beberapa minggu lagi.
Menurut Singapore GP pihaknya bekerjasama dengan kerajaan untuk memastikan acara itu mematuhi langkah pengurusan keselamatan sedia ada.
Tiket boleh dibeli melalui laman sesawang rasmi www.singaporegp.sg, talian utama Tiket GP Singapura +65 6229 7777 atau melalui rakan kongsi yang dilantik.
Perlumbaan kali ini juga bakal menyaksikan persaingan sengit antara Max Verstappen dari Red Bull Racing dan Charles Leclerc dari Ferrari.
Selain itu, peminat turut berpeluang menyaksikan penampilan sulung pelumba Zhou Guanyu dari Alfa Romeo, Yuki Tsunoda dari Alpha Tauri, Mick Schumacher dari Haas, dan Nicholas Latifi dari Williams.
Litar sepanjang 5.063 kilometer itu menjadi tuan rumah pusingan ke-17 kejuaraan Formula 1.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#Formula 1
#Grand Prix
#Marina Bay
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan