awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM diingatkan jangan terlibat dalam skandal rasuah - Khairy

Bernama
Bernama
29/05/2015
23:46 MYT
FAM diingatkan jangan terlibat dalam skandal rasuah - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menerima replika cek daripada Pengarah Urusan F&N Beverages, Khalid Alvi (kiri) selepas Perasmian Kempen 100Plus "Yang Hebat Dahagakan Cabaran" di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto Bernama
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diingatkan supaya sentiasa menjaga integriti serta imej bola sepak negara dan tidak terlibat dalam skandal rasuah.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa rasuah adalah perbuatan yang memalukan serta merosakkan imej bola sepak sesebuah negara.
"Perkara ini bukan sahaja memalukan tetapi akan merosakkan imej bola sepak negara. Kita perlu mengambil serius dan paling penting, FAM hindar daripada terlibat dalam rasuah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri kempen 'Yang Hebat Dahagakan Cabaran' oleh 100Plus di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, pada Jumaat.
Khairy mengulas kemelut melibatkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang kini di ambang krisis selepas pihak berkuasa Switzerland menahan tujuh eksekutifnya termasuk seorang naib presiden FIFA atas dakwaan rasuah dan pelbagai kesalahan lain yang melibatkan wang berjumlah berjuta-juta dolar Amerika.
Terdahulu, Khairy menerima tajaan lebih RM2 juta daripada 100Plus kepada Kementerian Belia dan Sukan bagi menyokong Program Bola Sepak Kebangsaan, pada majlis yang turut menampilkan legenda bola sepak dunia, Pele.
Topic Berkaitan
#FAM
#Football Association of Malaysia
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan