awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes keracunan makanan: MCMC heret Sunway Lagoon ke mahkamah, tuntut RM1.8 juta
PGA rampas dadah bernilai lebih RM700,000 di Pasir Mas
Permintaan minyak global dijangka menurun pada 2026 - IEA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya

Astro Arena
Astro Arena
22/02/2025
00:30 MYT
FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027. - Stadium Astro
TEKA-teki mengenai siapakah individu yang akan bertindak selaku penolong jurulatih Harimau Malaya bagi membantu Peter Cklamovski akhirnya terjawab.
Ini selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan ketibaan bekas pemain kebangsaan Australia, Mark Miligan, bagi mengisi jawatan itu dalam satu video pengenalannya semalam.
Bekas pertahanan Socceroos berusia 39 tahun itu pernah melakukan 80 penampilan bersama skuad kebangsaannya dan menjaringkan enam gol.
Dia sebelum ini bertindak sebagai penolong jurulatih kelab Australia, Adelaide United, sejak 2022.
"Saya Mark Miligan, penolong jurulatih bagi skuad kebangsaan, Harimau Malaya.
"Saya tidak sabar untuk menantikan perlawanan yang akan tiba," katanya dalam video pengenalan itu.
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 25 Mac ini. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#penolong jurulatih
#harimau Malaya
#FAM
#Mark Miligan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan