awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Farizal makin selesa sebagai benteng terakhir JDT

Astro Arena
Astro Arena
12/03/2018
14:19 MYT
Farizal makin selesa sebagai benteng terakhir JDT
JDT tidak dibolosi dalam dua aksi terakhir dan perkembangan sihat itu turut melegakan Farizal sambil mengakui masih ada beberapa kepincangan yang perlu diperbaiki. - Foto Stadium Astro
SEJAK bebas daripada penggantungan lapan bulan, penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Farizal Marlias, memberi isyarat untuk kembali memegang status penjaga gol nombor satu skuad Harimau Selatan menerusi aksi cemerlangnya Sabtu lalu.
Farizal memainkan watak penting ketika JDT bertandang ke Kuala Terengganu, termasuk menafikan percubaan terbaik penyerang Terengganu FC (TFC), Kipre Tchetche, dalam kemenangan 1-0 dalam Liga Super.
"Syabas kepada semua pemain yang bekerja keras untuk kami memungut tiga mata di tempat lawan," katanya.
JDT tidak dibolosi dalam dua aksi terakhir dan perkembangan sihat itu turut melegakan Farizal sambil mengakui masih ada beberapa kepincangan yang perlu diperbaiki.
"Kami mempunyai jadual yang sangat padat. JDT akan melakukan penggiliran pemain dan mana-mana pemain perlu bersedia untuk diturunkan.
"Saya amat berpuas hati dengan komitmen semua pemain dan kami akan memperbaiki kelemahan-kelemahan kecil.
"Saya harap kami dapat pulih untuk menghadapi perlawanan akan datang," ujarnya menjelang aksi Piala FA dengan UiTM FC, Sabtu ini.
Topic Berkaitan
#Farizal Marlias
#Harimau Selatan
#Johor Darul Ta'zim
#Kipre Tchetche
#Piala FA
#UiTM FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan