awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FIFA lancar platform jualan semula tiket rasmi Piala Dunia Qatar 2022

Bernama
Bernama
06/08/2022
06:21 MYT
FIFA lancar platform jualan semula tiket rasmi Piala Dunia Qatar 2022
Badan induk bolasepak dunia itu akan membuat satu lagi tempoh jualan semula Tiket FIFA pada tarikh dekat dengan kejohanan itu. - AP
ZURICH: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) melancarkan Platform Jualan Semula Tiket Rasmi untuk Piala Dunia FIFA Qatar 2022 dan peminat yang telah membeli tiket mereka melalui platform rasmi FIFA boleh menjualnya semula di platform itu.
Tempoh jualan semula tiket Piala Dunia FIFA Qatar 2022 akan ditutup pada 16 Ogos jam 12 tengah hari waktu Doha.
Menurut Agensi Berita Qatar (QNA), badan induk bolasepak dunia itu akan membuat satu lagi tempoh jualan semula Tiket FIFA pada tarikh dekat dengan kejohanan itu.
Orang awam yang membeli tiket Piala Dunia FIFA Qatar 2022 secara dalam talian menurut Syarat Jualan Tiket Dalam Talian untuk Orang Ramai boleh menyerahkan tiket itu untuk dijual semula di Platform Jualan Semula Tiket Rasmi FIFA, dengan mengakses akaun Tiket FIFA mereka dan memilih pilihan "Tiket untuk dijual semula" di menu paparannya, lapornya.
Pautan berasingan disediakan untuk pelanggan antarabangsa dan penduduk Qatar.
Mereka yang berminat untuk membeli tiket yang disediakan dalam Platform Jualan Semula Tiket Rasmi FIFA boleh menyemak pautan yang berkaitan di laman sesawang FIFA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FIFA
#Piala Dunia
#Qatar
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan