awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna bas perantara Rapid KL untuk keselesaan ke Moto GP Sepang

Bernama
Bernama
26/10/2018
08:08 MYT
Guna bas perantara Rapid KL untuk keselesaan ke Moto GP Sepang
Peminat boleh membeli tiket bas berkenaan di stesen LRT KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek (Laluan Kelana Jaya) dan kaunter konsesi kad di hab bas Pasar Seni. - Gambar fail
Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan bas perantara khas dari KL Sentral, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) untuk peminat menyaksikan perlumbaan Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix 2018 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hujung minggu hadapan.
Tiket perkhidmatan bas perantara khas MotoGP ini sudah mula dijual bermula 25 Okt dan diteruskan hingga 4 Nov di stesen-stesen LRT utama.
Peminat boleh membeli tiket bas berkenaan di stesen LRT KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek (Laluan Kelana Jaya) dan kaunter konsesi kad di hab bas Pasar Seni.
Apabila acara bermula pada 2 Nov, tiket bas juga dijual di tempat mengambil dan menurunkan penumpang KLCC, KL Sentral dan Gateway@KLIA2 (Hab Pengangkutan di Aras 1, Kaunter 10), menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Rapid Bus di sini, hari ini.
Harga tiket dari KLCC dan KL Sentral ke SIC adalah RM20 untuk perjalanan sehala, dan RM35 bagi tiket pergi balik, manakala RM12 bagi perjalanan sehala dari KLIA2.
Perkhidmatan bas ini akan bermula pukul 8 pagi dan berakhir pukul 1 tengah hari manakala perkhidmatan keluar dari SIC bermula pukul 4 petang dengan bas terakhir pukul 7 malam.
Topic Berkaitan
#Grand Prix
#KL Sentral
#KLCC
#KLIA2
#Kuala Lumpur
#LRT
#Malaysia
#MotoGP
#Pasar Seni
#Sepang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan