awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yuran lesen H.264 dilapor melonjak, platform penstriman berdepan kos jutaan dolar
Konflik Asia Barat: Serangan AS–Israel ragut 13 nyawa di Baharestan, Iran
KPM arah semua IPG henti serta-merta aktiviti lasak, air
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya sehelai jersi Perak dicetak bendera terbalik

Bernama
Bernama
27/11/2019
03:43 MYT
Hanya sehelai jersi Perak dicetak bendera terbalik
Lee berkata, semua pasukan, persatuan dan kelab sukan negeri telah diarahkan supaya lebih cakna dan teliti terhadap lambang serta bendera rasmi negeri selaras dengan semangat patriotik. - Gambar fail
Jersi pemain bola keranjang dengan bendera negeri Perak dicetak terbalik berpunca daripada kesilapan yang tidak disengajakan pembekal.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri Howard Lee Chuan How berkata pemeriksaan dengan penganjur dan jurulatih pasukan mendapati hanya sehelai jersi yang terlibat.
"Mereka (pasukan bola keranjang) telah memohon maaf atas kesilapan itu dan berjanji untuk tidak mengulang kesilapan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Lee berkata pihaknya akan menghantar satu surat tunjuk sebab bagi menjelaskan isu itu secara formal.
Katanya semua pasukan, persatuan dan kelab sukan negeri telah diarahkan supaya lebih cakna dan teliti terhadap lambang serta bendera rasmi negeri selaras dengan semangat patriotik.
"Semoga insiden menjadi pelajaran kepada semua pihak untuk lebih berhati-hati," katanya.
Semalam, tular gambar pemain Perak memakai jersi dengan bendera negeri dicetak terbalik yang dikatakan beraksi pada Kejohanan Piala Lum Mun Chak di stadium bola keranjang Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belia
#bendera
#bendera Perak
#bola keranjang
#dicetak terbalik
#Howard Lee Chuan How
#jersi
#kesilapan
#MABA
#patriotik
#pembekal
#sukan
#surat tunjuk sebab
#tidak sengaja
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan