awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rezeki sekampung: Jurutera lonjak pelancongan desa di Jeram
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasil ujian kecergasan Ronaldo buat pasukan perubatan Juventus terkejut

Nazim Chee
Nazim Chee
24/07/2018
11:06 MYT
Hasil ujian kecergasan Ronaldo buat pasukan perubatan Juventus terkejut
Ronaldo beraksi bersama Juventus musim ini dalam misi membuktikan dia tetap hebat walau di liga mana sekalipun dia beraksi - Foto Reuters
RAMAI yang mahu jadi hebat seperti Cristiano Ronaldo tetapi tidak ramai yang sanggup bekerja keras untuk mengikut jejak penyerang sensasi Portugal itu.
Pada usia 33 tahun Ronaldo masih jadi buruan kelab bola sepak terkemuka dunia. Buktinya bekas ‘ayam tambatan’ Real Madrid itu kini sah bergelar penyerang Juventus dengan nilai 105 juta pound.
Apa yang menjadi perbualan dalam kalangan peminat sukan adalah hasil dapatan ujian kecergasan yang dilakukan terhadap Ronaldo. Kemampuan fizikalnya menyamai pemain bolasepak berusia 20 tahun.
Dengan kata lain kekuatan Ronaldo setanding pemain yang 13 tahun lebih muda daripadanya.
Kesimpulan ini dibuat berdasarkan statistik ujian kandungan lemak badan, berat otot dan kepantasan larian.
Menurut laporan Ronaldo hanya ada tujuh peratus kandungan lemak badan, tiga peratus kurang daripada jumlah purata pemain bola sepak profesional.
Berat ototnya pula 50 peratus atau empat peratus lebih rendah sementara larian terpantasnya ketika Piala Dunia 2018 yang lalu adalah 33.98 kilometer sejam, paling pantas berbanding pemain lain dalam temasya berkenaan.
Kesimpulannya jika anda mahu menjadi seperti Ronaldo, tidak cukup hanya ada gaya potongan rambut sepertinya, contohi juga acara Ronaldo menjaga kecergasan dan kesihatan.
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Juventus
#kesihatan
#perubatan
#Piala Dunia
#Portugal
#Real Madrid
#sihat
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan