awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasrat Tang Jie-Ee Wei rangkul Masters Thailand tidak kesampaian

Bernama
Bernama
04/02/2024
15:32 MYT
Hasrat Tang Jie-Ee Wei rangkul Masters Thailand tidak kesampaian
Tang Jie-Ee Wei terpaksa akur dengan kekalahan 12-21, 18-21 selepas pertarungan selama 49 minit kepada pilihan pertama itu di Stadium Nimibutr, Bangkok. - Gambar fail/Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Hasrat pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk meraih gelaran Masters Thailand tidak kesampaian apabila tewas kepada wakil tuan rumah Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai pada aksi final hari ini.
Turun selaku pilihan kedua kejohanan, Tang Jie-Ee Wei terpaksa akur dengan kekalahan 12-21, 18-21 selepas pertarungan selama 49 minit kepada pilihan pertama itu di Stadium Nimibutr, Bangkok.
Kekalahan itu merupakan kekalahan kelima mereka daripada enam pertemuan menentang juara dunia 2021 berkenaan termasuk di pusingan kedua Terbuka India baru-baru ini.
Tang Jie-Ee Wei mara ke final selepas mengetepikan pilihan ketiga, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito dari Jepun 21-11, 21-17, manakala wakil Thailand itu menewaskan pasangan Indonesia Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati 21-17, 21-14.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beregu campuran negara
#Masters Thailand
#pilihan ketiga
#kekalahan kelima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan