awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Henderson kesal Liverpool lepaskan peluang

Astro Arena
Astro Arena
12/03/2020
02:36 MYT
Henderson kesal Liverpool lepaskan peluang
Cubaan Jordan Henderson menjaringkan gol ketika perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-juara antara Liverpool dan Atletico Madrid di Stadium Anfield, Liverpool, England, 11 Mac, 2020. (Foto AP)
JORDAN Henderson meluahkan rasa kecewa selepas Liverpool melepaskan banyak peluang sehingga menyebabkan mereka tewas di tangan Atletico Madrid dalam Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.
Tandukan Georginio Wijnaldum membolehkan Liverpool menyamakan kedudukan sebelum ledakan Roberto Firmino dalam masa tambahan di Anfield meletakkan tuan rumah di landasan terbaik ke suku akhir.
Bagaimanapun, dua jaringan Marcos Llorente -- termasuk satu daripadanya hasil kesilapan penjaga gol Liverpool, Adrian -- serta ledakan lewat permainan memberikan kemenangan 3-2 buat Atletico dan mara hasil agregat 4-2.
"Anda perlu tanggung mana-mana kesilapan dalam fokus dan seperti saya katakan, kami akan kecewa dengan keputusan ini," ujar kapten Liverpool, Henderson.
"Berdasarkan keadaan kami, melepaskan gol, kami kecewa dan perlu menyalahkan diri sendiri.
"Jan Oblak melakukan beberapa aksi tangkas tetapi terlalu banyak peluang yang kami cipta dan semestinya mampu menamatkan aksi lebih awal."
Bagaimanapun, Henderson tetap memuji persembahan rakan sepasukannya ketika Atletico mengamalkan corak bertahan dan menunggu untuk mencipta serangan balas.
"Jelas sekali kami kecewa," tambahnya.
"Saya fikir persembahan keseluruhan agak bagus. Segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang sebelum perlawanan tetapi kami kecewa dengan gol yang dilepaskan."
Topic Berkaitan
#Atletico Madrid
#Jan Oblak
#Jordan Henderson
#kecewa
#Liga Juara-Juara Eropah
#Liverpool
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan