awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Impian Piala FA Liverpool tamat awal

Astro Arena
Astro Arena
10/02/2016
03:17 MYT
Impian Piala FA Liverpool tamat awal
Tahun ini merupakan tahun terakhir West Ham berpangkalan di Upton Park, semestinya anak buah Slaven Bilic mahu cipta sejarah sebelum beraksi di Olympic Stadium bermula musim depan. - Gambar Astro ARENA
PERTAHANAN West Ham, Angelo Ogbonna muncul wira pada saat-saat akhir masa tambahan untuk membenam Liverpool menerusi kemenangan 2-1 dalam perlawanan replay pusingan keempat Piala FA di Upton Park.
Tandukan bekas pertahanan Juventus itu pada minit ke-121 menyempurnakan kemenangan ke atas barisan muda Liverpool nyata tumpul biarpun menguasai perlawanan sebelum gol penentu itu.
Michail Antonio mencipta pendahuluan buat The Hammers ketika separuh masa pertama namun bersambung babak kedua, Liverpool kembali bangkit menerusi sepakan percuma daripada perancang utama, Philippe Coutinho. West Ham tidak pernah menewaskan Liverpool dalam Piala FA tetapi mereka sudah menewaskan lawan itu sebanyak dua kali dalam saingan liga musim ini dengan seri 0-0 pada perlawanan pertama Piala FA.
Tahun ini merupakan tahun terakhir West Ham berpangkalan di Upton Park, semestinya anak buah Slaven Bilic mahu cipta sejarah sebelum beraksi di Olympic Stadium bermula musim depan. West Ham bakal bertemu Blackburn Rovers dalam pusingan kelima.
Topic Berkaitan
#Angelo Ogbonna
#Juventus
#Piala FA
#The Hammers
#West Ham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan