awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Industri sukan negara berpotensi untuk dikembangkan lebih pesat

Bernama
Bernama
12/12/2022
07:21 MYT
Industri sukan negara berpotensi untuk dikembangkan lebih pesat
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim berkata arena sukan negara seharusnya bebas daripada sebarang amalan korupsi, ketidakcekapan dan ketirisan bagi mengangkatnya ke tahap lebih tinggi. - fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Industri sukan negara mempunyai potensi untuk berkembang dengan lebih pesat, namun tindakan perlu diambil untuk memastikan tiada lagi kerosakan berlaku akibat masalah korupsi selain menentukan sektor itu tidak dianaktirikan selepas ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim berkata, arena sukan negara seharusnya bebas daripada sebarang amalan korupsi, ketidakcekapan dan ketirisan bagi mengangkatnya ke tahap lebih tinggi.
"Saya yakin pengamal media yang membuat liputan tentang sukan tahu sangat masalah ini ... ia masalah dalaman sebenarnya sebab saya percaya ia bukan tentang prestasi atlet.
"Kita ada ramai atlet bertaraf dunia yang berjaya bawa emas untuk negara di kejohanan antarabangsa, tetapi selalunya bila kita meneliti secara mendalam, ia berkaitan isu korupsi, jadi kita perlu menguruskan isu ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pertama selepas melaporkan diri secara rasmi di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KBS Abdullah Hasan dan Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KBS.
Ketika diminta masalah yang sedang dihadapi oleh persatuan-persatuan sukan ketika ini, Adam Adli berkata segala perkara itu akan diteliti dengan sebaiknya.
"Kita kini dalam proses transisi. Dasar keseluruhan kerajaan pada masa sekarang ialah memperbaiki yang lama dan pastikan ke hadapan nanti tiada kerosakan yang berlaku," katanya.
Adam Adli yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya merangkap Ketua Angkatan Muda Keadilan merupakan antara 27 timbalan menteri yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, Sabtu lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adam Adli
#Kementerian Belia dan Sukan
#isu korupsi
#prestasi atlet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan