awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPEC+ tingkatkan pengeluaran minyak Mei ini di tengah krisis tenaga global
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ingatan Hamidin buat Hodak

Sinar Harian
Sinar Harian
30/09/2022
00:01 MYT
Ingatan Hamidin buat Hodak
Hamidin (kiri) mempertahankan tindakan Pan-gon (kanan) menyenaraikan pemain dalam kesebelasan utama skuad Harimau Malaya. - Foto Facebook FAM
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membidas dakwaan pengendali Kuala Lumpur (KL) City FC, Bojan Hodak bahawa penyertaan dua pemain skuad Warga Kota bersama pasukan kebangsaan ke Chiang Mai cuma sekadar 'bercuti'.
Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin mengingatkan Hodak agar tidak memberi sebarang respons lain berhubung skuad Harimau Malaya.
Beliau berkata, Hodak sudah dua kali memberi komen berkaitan isu itu dan beliau sepatutnya memahami perkara tersebut kerana sebelum ini pernah diberi peranan untuk mengendali skuad kebangsaan.
"Bojan Hodak pernah jadi jurulatih B-19 (Bawah 19 tahun) dan dia patut faham.
"Ingatan saya kepada Bojan Hodak cukup bagi komen setakat ini,” tegas Hamidin.
Hodak sebelum ini menyifatkan penyertaan dua pemain KL City bersama Harimau Malaya ke Chiang Mai dalam saingan Piala Raja Thailand baru-baru ini cuma sekadar 'bercuti'.
Beliau kecewa dengan tindakan pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon yang tidak menghormati tugasnya sebagai jurulatih yang memberi pelepasan kepada Declan Lambert dan Zhafri Yahya tetapi mereka tidak beraksi.
“Ini adalah disebabkan seorang individu, ini adalah antara jurulatih. Beliau tidak menghormati saya. Sudah tentu saya kecewa.
"Kami minta pelepasan untuk mereka kerana kami sedang buat persediaan untuk perlawanan paling penting kelab ini, tetapi beliau bawa dua pemain kami untuk bercuti," ujar Hodak.
Topic Berkaitan
#Hamidin Mohd Amin
#KL City FC
#harimau Malaya
#Bojan Hodak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan