awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Issey tiada dalam perancangan saya - Irfan

Astro Arena
Astro Arena
24/12/2016
02:48 MYT
Issey tiada dalam perancangan saya - Irfan
Bagaimanakah nasib Issey selepas ini? - Reuters
PENGENDALI Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, menyatakan bahawa pemain import, Issey Farran Nakajima, yang masih mempunyai kontrak berbaki setahun bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), tiada dalam perancangannya.
“Sebaik sahaja dipertanggungjawabkan untuk membimbing pasukan ini, saya telah mengenal pasti pemain-pemain yang sesuai untuk menyarung jersi Terengganu.
“Penting untuk saya maklumkan bahawa tiada perancangan untuknya (Issey) di dalam pasukan dan akan berbincang dengan pihak pengurusan mengenai status pemain itu.
“Difahamkan Issey masih lagi bercuti dan saya tidak tahu siapa yang memberi kebenaran (cuti) sedangkan dia sepatutnya sudah menjalani latihan kerana masih mempunyai kontrak,” katanya.
Mula menyertai Terengganu pada 2015, pemain kelahiran Kanada itu berjaya menyakinkan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk melanjutkan kontraknya sehingga 2017.
“Saya sudah mempunyai calon pemain import untuk kuota Asia namun masih perlu berbincang bersama Issey dan PBSNT untuk mendapatkan persetujuan bersama.
“Tidak dinafikan peminat-peminat di negeri ini begitu menyukai aksi Issey namun kepentingan pasukan Terengganu perlu diutamakan dan dia (Issey) tiada dalam perancangan saya,” katanya lagi.
Sementara itu pemain berusia 30 tahun, Mauricio Mazzetti, dari Argentina, tiba di negeri ini untuk bersama skuad Sang Penyu menghadapi saingan Liga Perdana, musim depan.
Pemain pertahanan itu akan menggantikan tempat Vincent Bikana, yang tidak disambung kontraknya.
Topic Berkaitan
#berita bola sepak
#irfan bakti
#Issey Farran Nakajima
#pasukan Terengganu
#PBSNT
#pemain import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan