awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu dokumentasi: Hannah pandang serius keputusan FIFA

Astro Arena
Astro Arena
27/09/2025
09:25 MYT
Isu dokumentasi: Hannah pandang serius keputusan FIFA
Hannah menekankan keutamaan FAM adalah untuk melengkapkan proses rayuan di peringkat FIFA dan antarabangsa secara telus demi nama baik Malaysia. - Gambar fail/Bernama
MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, memandang serius atas keputusan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta penggantungan terhadap tujuh pemain warisan Malaysia.

Ringkasan AI
  • Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, pandang serius keputusan FIFA yang mengenakan hukuman terhadap FAM dan penggantungan tujuh pemain warisan Malaysia.
  • Hannah tekankan keutamaan FAM untuk lengkapkan proses rayuan di peringkat FIFA dan antarabangsa secara telus demi nama baik Malaysia.
  • Beliau komited menjaga hak dan kebajikan atlet Malaysia, sambil menyeru semua pihak bertenang sehingga proses rayuan selesai.

Jawatankuasa Tatatertib FIFA yang mengenakan sekatan ke atas FAM dan tujuh pemain selepas menerima aduan berhubung kelayakan pemain Malaysian Abroad untuk mewakili Harimau Malaya.
Menerusi Instragram Story, Hannah berkata, "Kementerian Belia dan Sukan @kbsmalaysia memandang serius keputusan yang diumumkan FIFA serta hak FAM untuk mengemukakan rayuan.
"Keutamaan sekarang adalah untuk FAM lengkapkan proses rayuan perundangan FIFA dan antarabangsa sehingga selesai sepenuhnya. Kesan perkara ini bukan sahaja melibatkan tujuh pemain tetapi seluruh pasukan kebangsaan kita.
"Oleh itu, semua pihak perlu memastikan proses ini dijalankan dengan penuh integriti dan ketelusan demi nama baik Malaysia.
“Sama seperti ribuan peminat Harimau Malaya di luar sana, saya juga sedih dan marah membaca keputusan FIFA.
“Jangan kita melompat, benarkan proses rayuan selesai dan kemudian kita ambil dari situ.
“Sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia, saya tetap komited untuk menjaga hak dan kebajikan setiap atlet Malaysia dan tidak kira nama anda Azizul, Pearly, Thinaah, Pandelela, Gabriel atau Rodrigo." -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#isu dokumentasi
#FIFA
#FAM
#Hannah Yeoh
#harimau Malaya
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan