awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pemalsuan dokumen pewain warisan: KBS, KDN bertindak secara bersama

Bernama
Bernama
19/11/2025
23:30 MYT
Isu pemalsuan dokumen pewain warisan: KBS, KDN bertindak secara bersama
Hannah Yeoh (tiga, kiri) menunjukkan kasut Skechers pada Pengumuman Penajaan Rasmi Kerjasama Skechers bersama Team Malaysia bagi Sukan SEA ke-33 Thailand di The Exchange, TRX, Kuala Lumpur, semalam. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyatakan komitmen untuk bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengambil langkah wajar berhubung isu pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan skuad kebangsaan, selepas meneliti alasan bertulis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata KBS mengikuti rapat perkembangan kes ini dan peranan KDN adalah kritikal memandangkan aspek jenayah berada di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan.
"Untuk aspek itu adalah di bawah bidang kuasa KDN jadi kita serahkan kepada kementerian itu dan saya telah menghubungi Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) tetapi belum dapat lagi maklum balas. Saya sendiri sedang meneliti alasan bertulis penuh FIFA.
"Saya rasa bagi beliau masa untuk meneliti juga dan kemudiannya saya pasti KDN akan menjawab," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pengumuman penajaan Skechers bersama atlet negara ke Sukan SEA 2025 Thailand, di sini semalam.
Pada Selasa, menerusi alasan bertulis penuh setebal 63 muka surat yang dikeluarkan, Jawatankuasa Rayuan FIFA mengarahkan sekretariat mengambil langkah sewajarnya untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa di lima negara iaitu Brazil, Argentina, Belanda, Sepanyol dan Malaysia.
Menurut jawatankuasa itu, pemalsuan merupakan satu kesalahan jenayah di negara-negara terbabit dan adalah penting agar pihak berkuasa dimaklumkan supaya siasatan serta prosiding jenayah sewajarnya dapat dijalankan.
Hannah berkata pihaknya akan memberi penerangan lanjut berhubung persoalan membabitkan FAM dan FIFA di Parlimen hari ini.
"KBS akan menggulung dalam Parlimen iaitu belanjawan KBS untuk 2026 akan dibahaskan oleh ahli-ahli Parlimen. Jadi, semua ini akan dijawab dalam Parlimen," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemain warisan
#pemalsuan dokumen
#Hannah Yeoh
#Kementerian Dalam Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan