awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jangan keluarkan sukan berbasikal dari Olimpik'

Zulhelmi Zainal Azam
Zulhelmi Zainal Azam
22/01/2013
05:20 MYT
'Jangan keluarkan sukan berbasikal dari Olimpik'
Pelumba basikal trek kebangsaan, Azizulhasni Awang menyifatkan idea tidak mempertandingkan sukan berbasikal pada temasya Sukan Olimpik adalah tidak bernas.
Menurut Azizulhasni, tidak adil jika sukan berbasikal dipersalahkan hanya kerana penipuan Lance Armstrong berhubung isu doping.
"Ia idea tidak bernas. Tidak adil jika isu membabitkan Lance Armstrong seorang sahaja menyebabkan seluruh atlet basikal di seluruh dunia mendapat tamparan," kata Azizulhasni.
Ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Dick Pound mengecam cara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengendali isu doping lumba basikal. Lantas, beliau baru-baru ini bercadang supaya sukan basikal dikeluarkan dari temasya Olimpik.
"Sukan lain juga ada isu doping seperti Marion Jones. Dia membuat pengakuan ambil dadah dan masih juara Olimpik. Tetapi, sukan olahraga tidak dikeluarkan dari Olimpik. Bagi saya, isunya bukan keluarkan sukan berbasikal dari Olimpik tetapi bagaimana kita harus menyelesaikan isu doping ini."
Berbasikal antara empat acara sukan yang dikenalpasti Kementerian Belia dan Sukan yang berpotensi mencapai keputusan cemerlang di peringkat antarabangsa.
Malah, sukan itu turut mempunyai peluang cerah untuk Malaysia meraih pingat emas pada temasya beprestij seperti Olimpik.
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#basikal
#Olimpik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan