awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatan Dollah dalam risiko

Astro Arena
Astro Arena
19/06/2015
10:34 MYT
Jawatan Dollah dalam risiko
10 Julai akan menjadi tarikh penting buat pengendali Harimau Malaya Dollah Salleh untuk terus menerajui skuad negara atau digugurkan.
10 Julai akan menjadi tarikh penting buat pengendali Harimau Malaya Dollah Salleh sama ada dia akan terus diberi kepercayaan untuk menerajui skuad negara.
Ekoran persembahan buruk anak buahnya sebelum ini terutamanya ketika tewas dengan jaringan 6-0, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi Jawatankuasa Eksekutif melihat suatu perubahan mungkin perlu dilakukan.
Perubahan itu turut melibatkan jawatan Dollah Salleh sendiri.
Menurut laporan akhbar Utusan, sebarang tindakan akan bergantung kepada mesyuarat Exco yang akan menjadikan laporan Dollah Salleh sebagai penentu keputusan.
Kontrak Dollah bersama pasukan kebangsaan akan tamat pada hujung 2016.
Mengikut KPI yang telah ditentukan FAM, skuad negara perlu layak ke Piala Asia 2019.
FAM sendiri berpendapat ketika aksi menentang Palestine minggu lalu termasuk ketika menentang Timor Leste, terdapat pemain yang tidak memberikan kesungguhan yang diharapkan.
Kelmarin, Presiden Persatuan Bola Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kenyataan tegas meminta skuad negara tidak lagi memanggil pemain Johor Darul Takzim (JDT) untuk menyarung jersi kebangsaan.
Konsultan Bola Sepak Johor dan bekas pemain kebangsaan Serbegeth Singh turut mengkritik FAM kerana kegagalan menghadirkan sebarang peningkatan dalam skuad kebangsaan serta bawah 23 tahun.
"Tolonglah FAM, tunjukanlah sedikit keberanian dan ketegasan, walaupun terkenal dengan kelemahan pengurusan tapi sekurang-kurangnya nampaklah macam anda ambil peduli," katanya menerusi lawam Facebook rasmi JDT.
Topic Berkaitan
#Dollah Salleh
#FAM
#harimau Malaya
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan