awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT di kedudukan teratas liga, benam Selangor FC 5-1

Bernama
Bernama
24/06/2022
16:33 MYT
JDT di kedudukan teratas liga, benam Selangor FC 5-1
Pemain JDT Bergson Gustavo Silveira Da Sila meraikan jaringannya bersama rakan sepasukannya ketika menentang Selangor FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, pada Jumaat. - Foto BERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) kembali ke kedudukan teratas liga selepas membenam Selangor FC 5-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim di sini malam ini.
Serangan bertubi-tubi JDT pada awal masa pertama menyaksikan gol pendahuluan hadir seawal minit ketiga menerusi penyerang import Bergson da Silva.
Fernando Martin Forestieri menggandakan jaringan pada minit ke-24 menerusi sepakan percuma setelah dijatuhkan Quentin Cheng Jiun Ho.
Gol ketiga pula dijaringkan Leandro Sebastian Velazquez di luar kotak penalti pada minit ke-35 selepas menerima hantaran daripada Muhammad Afiq Fazail.
Babak kedua menyaksikan hantaran lintang pemain sensasi JDT, Bergson sekali lagi membolosi gawang Selangor sekali gus menghadiahkan jaringan keempat buat pasukan itu.
JDT gagal untuk mengelak gawang mereka daripada dibolosi apabila pemain Selangor FC, Mohd Nor Hakim Hassan berjaya menjaringkan gol sagu hati menerusi sepakan lintang pada minit ke-82.
Bagaimanapun, JDT terus berpesta gol apabila tandukan Mohamadou Sumareh pada minit akhir memberikan kemenangan cemerlang buat JDT bagi perlawanan ketujuh pasukan itu.
Keputusan kekal 5-1 sehingga tiupan wisel penamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#Johor
#Selangor FC
#Bergson Da Silva
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan