awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT lakar sejarah, hatrik Liga Super

Israr Khalid
Israr Khalid
09/09/2016
15:04 MYT
JDT lakar sejarah, hatrik Liga Super
Pemain pertahanan JDT Mohd Aidil Zafuan (kiri) mengasak penyerang pasukan Terengganu, Bogdan Milic (dua kiri) daripada memasuki kotak penalti. -Bernama
Johor Darul Takzim (JDT) sekali lagi muncul juara Liga Super selepas menewaskan Terengganu 3-0.
Ia sekali gus melakar sejarah sebagai pasukan pertama mencatat hatrik selepas menjuarai liga tiga musim berturut-turut sejak 2014.
Pertembungan di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunus, Larkin menyaksikan tirai gol dibuka Jorge Pereyra Diaz yang menyempurnakan penalti pada minit ke-28.
Perlawanan kemudian kelihatan seimbang dengan kedua-dua pasukan menggandakan asakan, dengan Terengganu cuba mencari gol penyamaan.
Kedudukan 1-0 kekal hingga minit ke-83, kapten JDT Safiq Rahim melebarkan jurang gol juga menerusi penalti.
Tiga minit kemudian, sepakan Diaz sekali lagi menerjah jaring apabila dengan mudah menampan masuk hantaran Azamudin Akil, dan kedudukan 3-0 kekal hingga wisel penamat.
JDT diumum juara di halaman sendiri dengan 52 mata biarpun masih berbaki dua lagi perlawanan, iaitu dengan T-Team dan Selangor.
Topic Berkaitan
#JDT
#Johor Darul Takzim
#Jorge Pereyra Diaz
#juara Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan