awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jordi Alba umum bersara akhir musim MLS

Muhamad Syazwan
Muhamad Syazwan
08/10/2025
00:30 MYT
Jordi Alba umum bersara akhir musim MLS
Sepanjang karier gemilangnya, Alba dikenali sebagai antara pertahanan kiri terbaik dunia. Beliau mencatat 459 penampilan bersama Barcelona dan 110 bersama Valencia, selain membantu Sepanyol menjuarai Euro 2012. REUTERS
BEKAS pertahanan kiri Sepanyol dan Barcelona, Jordi Alba, mengumumkan bahawa beliau akan bersara daripada bola sepak profesional pada penghujung musim Major League Soccer (MLS) semasa.
Pemain berusia 36 tahun itu menyertai Inter Miami pada tahun 2023 bagi menyertai semula rakan sepasukannya di Barcelona dahulu Lionel Messi, Sergio Busquets, dan Luis Suárez.
Dalam satu video di Instagram, Alba berkata:
“Sudah tiba masanya untuk menutup satu bab yang amat bermakna dalam hidup saya. Saya membuat keputusan untuk menamatkan karier bola sepak profesional saya pada penghujung musim ini dengan penuh keyakinan, ketenangan dan kebahagiaan.”
Pengumuman itu mengejutkan ramai peminat bola sepak, lebih-lebih lagi ketika Inter Miami telah layak ke saingan play-off MLS yang dijadualkan berakhir pada awal Disember.
Susulan pengumuman tersebut, Sergio Busquets yang turut merancang untuk bersara hujung musim ini tampil memberikan penghormatan kepada sahabat lamanya itu.
Sepanjang karier gemilangnya, Alba dikenali sebagai antara pertahanan kiri terbaik dunia. Beliau mencatat 459 penampilan bersama Barcelona dan 110 bersama Valencia, selain membantu Sepanyol menjuarai Euro 2012.
Antara kejuaraan lain yang dimenanginya termasuk 6 gelaran LaLiga, 5 Copa del Rey, Liga Juara-Juara UEFA, dan Piala Dunia Kelab FIFA.
Bersama Inter Miami, Alba sudah membuat 95 penampilan, hampir mencapai angka 100 sebelum menggantung butnya secara rasmi.
View this post on Instagram
A post shared by Jordi Alba (@jordialbaoficial)
Topic Berkaitan
#Jordi Alba
#barcelona
#Inter Miami
#MLS
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan