awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juara dunia Robert Killian sah sertai Spartan Race di Sarawak

Bernama
Bernama
14/02/2020
13:35 MYT
Juara dunia Robert Killian sah sertai Spartan Race di Sarawak
Killian adalah antara 1,950 pelumba yang telah mengesahkan penyertaan dalam Spartan Race di Sarawak. - Instagram /@robert_killian
Juara dunia Spartan Race 2019, Robert Killian mengesahkan penyertaan beliau pada perlumbaan lasak Spartan Race kali kedua, di Institut Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak di Padawan dekat sini, pada 4 dan 5 April.
Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata peserta Amerika Syarikat itu, merupakan antara 1,950 pelumba yang telah mengesahkan penyertaan, dengan 568 orang daripadanya merupakan peserta luar negara.
Katanya peserta luar negara itu termasuklah dari United Kingdom, Perancis, Denmark, Jerman, Jepun, India, dan Emiriah Arab Bersatu.
"Dijangkakan 4,000 pelumba akan menyertai perlumbaan ini, yang akan menjadi sebahagian daripada Siri Kelayakan Wilayah Asia Tenggara," katanya dalam sidang media di sini, pada Jumaat.
Sebanyak empat kategori akan dipertandingkan dalam perlumbaan itu iaitu Spartan Sprint (5 kilometer (km) dan 20 halangan); Spartan Super (10km dan 25 halangan); Spartan Trail (10km) dan Spartan Trail (21km).
Dalam pada itu, Abdul Karim berharap penularan COVID-19 yang sedang melanda dunia, dapat diatasi sebelum bermulanya perlumbaan itu nanti.
"Ada sekitar 20 pelumba China sudah mendaftarkan diri mereka untuk perlumbaan tahun ini, dan kita berharap situasi akan berubah menjadi lebih baik sebelum Spartan Race ini bermula," katanya.
Kali terakhir Sarawak menjadi tuan rumah perlumbaan antarabangsa itu ialah pada Oktober tahun lepas, yang disertai kira-kira 3,000 peserta.
Perlumbaan tahun ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM23,400.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Karim Rahman Hamzah
#juara dunia
#peserta luar negara
#robert killian
#spartan race
#sukan
#sukan ekstrem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan