awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurumudi veteran Peter Gilmour umum persaraan

Bernama
Bernama
06/12/2012
01:16 MYT
Jurumudi veteran Peter Gilmour umum persaraan
Jurumudi veteran Datuk Peter Gilmour daripada pasukan Yanmar Racing mengumumkan persaraan daripada Siri Jelajah Dunia Match Racing Alpari (AWMRT) selepas perlumbaan Piala Monsun 2012 berakhir Sabtu ini.
Pelayar kelahiran Australia itu, yang merupakan juara dunia Jelajah Dunia Match Racing (WMRT) sebanyak empat kali (1990, 1997, 1998, 2006) membuat pengumuman mengejut itu selepas menceburi dunia pelayaran selama 32 tahun pada sidang media harian Piala Monsun di Pulau Duyong di Kuala Terengganu.
Gilmour, 52, adalah salah seorang pesaing yang paling dihormati dan disegani dalam siri dunia WMRT.
Menyebut umur dan keputusan Yanmar untuk beralih penajaan kepada bidang lain sebagai alasan untuk bersara, ikon pemenang Anugerah BrandLaureate itu memilih untuk mengumumkan persaraannya hari ini dan bukan pada perlumbaan akhir supaya tidak mahu mencuri perhatian daripada juara Piala Monsun tahun ini.
Gilmour, yang menjuarai Piala Monsun pada 2005 dan 2008, menegaskan bahawa keputusannya tidak akan menjejaskan tumpuannya pada saingan tahun ini untuk cuba merangkul kejuaraan piala berprestij itu.
Beliau berharap dua anak lelakinya iaitu David yang melakukan penampilan sulung di Piala Monsun di sini dan Sam, yang bertugas sebagai kru penyelenggaran dalam pasukan, akan meneruskan legasinya.
Topic Berkaitan
#Kuala Terengganu
#Match Racing Alpari
#Monsun Cup
#Peter Gilmour
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan