awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Justin raih gelaran juara keempat di Kejohanan Cabaran Antarabangsa Uganda

Bernama
Bernama
26/02/2023
16:47 MYT
Justin raih gelaran juara keempat di Kejohanan Cabaran Antarabangsa Uganda
Justin Hoh dengan mudah menewaskan pemain ranking dari India, Kanishq M dengan keputusan 21-8, 21-12. - Foto Facebook BAM
KUALA LUMPUR: Bintang badminton dalam pembikinan Justin Hoh mencipta sensasi meraih gelaran juara keempatnya, selepas muncul johan dalam acara perseorangan lelaki Kejohanan Cabaran Antarabangsa Uganda 2023, pada Ahad.
Pada aksi final berlangsung di Arena MTN Kampala itu, Justin yang mula disenaraikan dalam skuad senior November lepas, mudah menewaskan pemain ranking ke-396 dari India, Kanishq M dengan keputusan 21-8, 21-12.
Kejayaan tersebut sekali gus menyaksikan pemain berusia 18 tahun di ranking ke-111 dunia itu menambah koleksi kejuaraan dalam karier seniornya, selepas menjuarai Bonn International 2022 di Jerman, Terbuka Croatia pada Jun lepas serta Cabaran Antarabangsa Malaysia di Ipoh, Perak pada Disember lepas.
Sementara itu, dalam aksi perseorangan wanita, K Letshanaa turut melakar kejayaan selepas mengatasi pemain Turkiye, Neslihan Yigit 21-11, 21-8.
Keputusan dilakar pemain berusia 19 tahun itu menyaksikan beliau meraih kejuaraan antarabangsa pertamanya untuk tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#gelaran juara
#Justin Hoh
#Cabaran Antarabangsa Uganda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan