awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kad merah Bergson tidak sekat JDT tundukkan Kedah Darul Aman

Astro Arena
Astro Arena
04/10/2022
15:41 MYT
Kad merah Bergson tidak sekat JDT tundukkan Kedah Darul Aman
Tindakan Bergson yang mengangkat tangan ke arah Rodney Celvin memakan diri apabila diarah meninggalkan padang serta-merta oleh pengadil, Hamdan Awang. - Gambar/ Stadium Astro
KDA 1 JDT 3
KAD merah Bergson Da Silva tidak menghalang juara Liga Super 2022, Johor Darul Ta'zim (JDT), untuk meneruskan rekod kebal musim ini, sebentar tadi.
Penyerang dari Brazil itu terlebih dahulu memadam jaringan awal tuan rumah, Kedah Darul Aman, menerusi Ronald Ngah pada minit ke-12.
Tetapi beberapa saat sebelum separuh masa pertama memasuki masa kecederaan, tindakan Bergson yang mengangkat tangan ke arah Rodney Celvin memakan diri apabila diarah meninggalkan padang dengan serta-merta oleh pengadil, Hamdan Awang.
Harimau Selatan masih mampu mengimbangi pertemuan berat sebelah dalam babak kedua itu apabila Syafiq Ahmad memenangi sepakan penalti yang disempurnakan Leandro Velaquez pada minit ke-60 untuk kedudukan 2-1.
JDT terpaksa membuat pertukaran selanjutnya apabila Shane Lowry pula terpaksa meninggalkan padang akibat kecederaan, lantas memberi laluan kepada Aidil Zafuan Abd Radzak untuk mengisi tempatnya.
Ronald Ngah kekal menjadi ancaman di pintu gol pelawat melalui tandukan mengelirukannya, tetapi satu lagi kesilapan di dalam kotak penalti memberi ruang untuk Afiq Fazail pula melebarkan kedudukan kepada 3-1. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#JDT
#Kedah Darul Aman
#keputusan perlawanan
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan