awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kane lepasi jaringan ke-200 Tottenham

Astro Arena
Astro Arena
16/07/2020
03:22 MYT
Kane lepasi jaringan ke-200 Tottenham
Kane menjaringkan gol ke-200 dan ke-201 dalam kariernya ketika babak kedua untuk memberikan Mourinho kemenangan pertama EPL di St James 'Park, awal pagi tadi. - Astro ARENA
NEWCASTLE 1 TOTTENHAM 3
Jose Mourinho menyanjungi karakter yang dipamerkan Serge Aurier sambil memuji Harry Kane selepas kemenangan 3-1 Tottenham di Newcastle United.
Kane menjaringkan gol ke-200 dan ke-201 dalam kariernya ketika babak kedua untuk memberikan Mourinho kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) di St James 'Park, awal pagi tadi.
Son Heung-min meletakkan pelawat di depan dalam babak pertama, tetapi Matt Ritchie pantas menyamakan kedudukan menerusi serangan menarik dalam separuh masa kedua.
Kane menghukum ketumpulan jentera serangan Newcastle untuk memastikan pelawat melonjak ke tangga ketujuh dengan berbaki dua perlawanan lagi dalam memburu tiket kelayakan Eropah.
Mourinho memuji kaptennya dan pertahanannya itu yang beraksi sepanjang permainan, dua hari selepas kematian adiknya.
"Kami mempunyai daya tahan dan keinginan besar untuk memenangi perlawanan ini dan berjuang hingga ke penghujungnya demi objektif kami iaitu Liga Europa," kata pengurus Spurs itu kepada Match of the Day.
"Sejak saya bermula, kami di tangga keempat. Sekiranya kami gagal meraih tempat dalam Liga Juara-(UCL) yang merupakan sasaran penting, maka Liga Europa akan menjadi mustahak."
Pengurus Portugis itu menambah: "Harry Kane tahu betapa pentingnya kelibatnya, dia luar biasa.
"Setelah melalui tempoh pemulihan yang sukar (daripada kecederaan), dia telah terlibat dalam setiap minit perlawanan, ini adalah perlawanan keempat yang berselang dua hari, kami satu-satunya pasukan yang menghadapi situasi ini dan Harry memberikan segalanya.
"Saya bangga dengan mereka dan gembira dengan mata yang dipungut. Serge Aurier menonjolkan karakter yang sangat kuat, setiap orang berbeza dan dalam kesnya, dia mahu beraksi."
Topic Berkaitan
#EPL
#gol ke-200
#Harry Kane
#Jose Mourinho
#Liga Perdana Inggeris
#Newcastle United
#Serge Aurier
#Tottenham Hotspur FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan