awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kasut Emas: Shahrel Fikri anggap pemain import miliki kelebihan

Astro Arena
Astro Arena
07/10/2020
23:45 MYT
Kasut Emas: Shahrel Fikri anggap pemain import miliki kelebihan
Kelebihan saya ialah sokongan padu daripada rakan sepasukan, kata Shahrel Fikri. - Foto Astro ARENA
SAINGAN Liga Super semakin menghampiri penutup tirai dengan berbaki satu perlawanan hujung minggu ini.
Gelaran Kasut Emas 2020 masih belum mempunyai pemiliknya tatkala tumpuan terarah kepada tiga susuk: penyerang Perak, Shahrel Fikri Md Fauzi dan penggempur Selangor, Ifedayo Olusegun, termasuk Dominique Da Sylva (Terengganu).
Bagi Shahrel Fikri, dua pencabar terdekatnya berpeluang lebih cerah untuk menggondol anugerah individu itu biarpun dia kini menerajui carta penjaring terbaik Liga Super berbekalkan 10 gol.
"Peluang saya masih tipis sebab masih ada dua pesaing dari Selangor dan Terengganu. Mereka mempunyai sembilan dan lapan gol.
"Mahu atau tidak, mungkin saya lebih berpeluang untuk meraih Kasut Emas sekiranya saya menjaringkan dua gol ketika berdepan Kedah.
"Mereka (Da Sylva dan Ifedayo) lebih handal memandangkan mereka merupakan pemain import, mempunyai keyakinan yang lebih tinggi.
"Tetapi kelebihan saya ialah sokongan padu daripada rakan sepasukan," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Haliza Hamzah, menjelang penentuan tiket Piala AFC di Stadium Perak yang ditunda ke Ahad ini.
Sumber Facebook peraktbgmy
Sementara itu, tumpuan Olusegun terarah kepada misi menghadiahkan tiga mata kepada Gergasi Merah yang dalam peralihan aspek kejurulatihan.
"Bagi kami, ini hanyalah satu lagi perlawanan (yang perlu diharungi).
"Kami akan cuba memburu kemenangan sementara saya cuba menjaringkan gol.
"Ia sudah menjadi tugas saya, saya diikat pun kerana tugas untuk menggempur.
"Saya sekadar melaksanakan tugas dengan harapan dapat menyumbat sebanyak gol yang mungkin dan kejayaan meraih Kasut Emas bukanlah satu perkara yang buruk mahupun baik.
"Saya harap jaringan saya yang lakukan boleh membantu kami mencatat kemenangan," kata penyerang dari Nigeria itu.
Topic Berkaitan
#Kasut Emas
#bola sepak
#Shahrel Fikri Md Fauzi
#Perak
#Ifedayo Olusegun
#Selangor
#Dominique Da Sylva
#terengganu
#pemain import
#sokongan
#piala afc
#Liga Super
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan