awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS lulus dana kepada Hafizh Syahrin

Bernama
Bernama
15/04/2020
20:31 MYT
KBS lulus dana kepada Hafizh Syahrin
Selepas dua musim dalam kategori MotoGP, kembali semula ke Moto2 musim ini bersama pasukan baharu, Angel Nieto Team. - Gambar fail
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah meluluskan dana kepada pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah dan ia akan disalurkan dalam masa terdekat.
"KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara telah memaklumkan perkara ini kepada Hafizh mengenai kelulusan penyaluran dana bagi membantu menampung kos perlumbaan beliau bagi tahun 2020 pada awal Mac yang lalu.
"Dana yang akan disalurkan tersebut akan diserahkan melalui Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebagai badan pemantau program pembangunan sukan permotoran di negara ini," menurut KBS dalam kenyataan pada Rabu.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menjelaskan jumlah dana yang disalurkan.
KBS berkata bantuan seumpama itu merupakan satu bentuk sokongan yang sentiasa dititikberatkan pihaknya dalam apa jua pembangunan sukan, termasuk sukan permotoran yang mampu mengharumkan nama negara.
Selepas dua musim dalam kategori MotoGP, pelumba kelahiran Ampang, Selangor itu kembali semula ke Moto2 musim ini bersama pasukan baharu, Angel Nieto Team.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angel Nieto Team
#Belia
#dana
#Hafizh Syahrin
#KBS
#kos perlumbaan
#Litar Antarabangsa Sepang
#MotoGP
#pelumba
#SIC
#sukan
#sukan permotoran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan