awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS peruntuk RM1 juta bagi pembangunan sukan badan beruniform

Bernama
Bernama
07/07/2025
14:15 MYT
KBS peruntuk RM1 juta bagi pembangunan sukan badan beruniform
KBS memperkasakan pembangunan sukan negara dengan peruntukan RM1 juta melalui Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) bagi mengenal pasti serta memupuk bakat atlet dalam kalangan anggota badan beruniform. - Foto Facebook Hannah Yeoh
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperkasakan pembangunan sukan negara dengan peruntukan RM1 juta melalui Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) bagi mengenal pasti serta memupuk bakat atlet dalam kalangan anggota badan beruniform.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memperakui komitmen itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Badan Beruniform yang dihadiri para pegawai tertinggi serta kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Penjara (JPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Badan beruniform telah memainkan peranan sejak sekian lama sebagai pembekal atlet yang berjaya memenangi pingat untuk Kontinjen Malaysia dalam pelbagai temasya sukan antarabangsa," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu turut memaklumkan sukan yang ditunjangi badan beruniform seperti memanah serta menembak menyaksikan pembabitan ramai atlet bertaraf dunia daripada ATM dan PDRM.
Selain ATM, PDRM, atlet JPBM serta JPM juga aktif dalam beberapa sukan di peringkat kebangsaan seperti boling padang, sepak takraw, berbasikal, hoki dan sukan tinju.
Kenyataan itu memaklumkan antara kejayaan cemerlang dicapai atlet badan beruniform ialah Saritha Cham Nong (ATM) yang merangkul pingat emas acara berpasukan compound wanita di Kejohanan Memanah Piala Asia, Singapura serta Erma Firyana Saroji (PDRM) yang menggondol pingat emas Sukan Komanwel 2018 dan gangsa Kejohanan Boling Padang Dunia Dalam Dewan 2025 di Scotland.
Selain itu, Mohd Shaharil Aiman Halim (PDRM) dan Mohd Afifudin Mohd Razali (ATM) memenangi pingat perak acara regu berpasukan di Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia 2024 di Kuala Lumpur.
Mohd Affifudin juga adalah pemenang pingat emas acara quadrant di Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025.
Pada masa sama, KBS menyokong tumpuan JPM kepada sukan petanque dan JBPM dalam sukan ping pong.
"Ia bagi menepati matlamat memperluas usaha pembangunan bakat membabitkan anggota beruniform sebagai barisan pelapis dan bakal menjadi penyumbang utama kepada kejayaan sukan negara di peringkat antarabangsa," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, mesyuarat berkenaan turut membincangkan beberapa cadangan baharu yang akan terus diperhalusi seperti pertimbangan sukan baharu iaitu akuatik (open water), ping pong dan mendaki membabitkan badan beruniform.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBS
#Hannah Yeoh
#pembangunan sukan badan beruniform
#KWASN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan