awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
Konflik Asia Barat: Iran kemuka cadangan akhiri perang, tolak gencatan senjata sementara - IRNA
Kerajaan gabungan baharu Thailand angkat sumpah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kecederaan bukan alasan, kalah tetap kalah - Hup Wei

Bernama
Bernama
11/04/2018
21:39 MYT
Kecederaan bukan alasan, kalah tetap kalah - Hup Wei
Beliau mengalami kecederaan 'hamstring' ketika ketinggian 2.24m, sekali gus menamatkan aksinya pada final apabila gagal membuat sebarang lompatan pada ketinggian tersebut. - Foto fail
Atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei tidak mahu menjadikan kecederaan 'hamstring' sebagai alasan kegagalannya meraih pingat pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.
Olimpian berusia 30 tahun itu ternyata kecewa dengan prestasinya pada aksi final lompat tinggi di Carrara Sports and Leisure Centre itu, selepas hanya mampu membuat lompatan setinggi 2.21m.
Beliau mengalami kecederaan 'hamstring' ketika ketinggian 2.24m, sekali gus menamatkan aksinya pada final apabila gagal membuat sebarang lompatan pada ketinggian tersebut.
"Kalah tetap kalah. Kecederaan bukan alasan dan saya betul-betul kecewa dengan prestasi malam ini, walaupun memang peserta lain buat lompatan lebih tinggi untuk raih pingat," katanya.
Hup Wei yang membuat penampilan kedua di Sukan Komanwel kali ini, menamatkan saingan di tempat kelapan berbanding pada penampilan pertamanya pada 2010 di New Delhi, beliau menduduki tempat kelima.
Beliau yang memegang rekod peribadi terbaik setinggi 2.28m, berkata akan kembali ke Malaysia terlebih dahulu bagi memastikan kecederaannya pulih sebelum memulakan latihan intensif di luar negara.
Sementara itu, atlet podium negara, Nauraj Singh Randhawa yang mencatat ketinggian 2.18m untuk menamatkan saingan di kedudukan ke-10, mengakui sangat kecewa namun perlu memandang ke hadapan dan fokus terhadap kejohanan seterusnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atlet
#Australia
#Carrara Sports
#Gold Coast
#Lee Hup Wei
#lompat tinggi
#Sukan Komanwel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan