awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Taktik penipuan baharu: Tawaran untuk dapatkan kembali wang mangsa scam
Kerajaan imbang persediaan rakyat hadapi kesan konflik global tanpa cetus panik - Saifuddin
Badminton: Penantian berakhir selepas 9 tahun, pingat emas kembali ke China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan AFC B23: Malaysia layak ke suku akhir buat kali pertama dalam sejarah

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
16/01/2018
13:59 MYT
Kejohanan AFC B23:  Malaysia layak ke suku akhir buat kali pertama dalam sejarah
Skuad bola sepak negara mencipta sejarah apabila berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir Kejohanan AFC bawah 23 tahun. - Facebook Asian Football Confederation
Skuad bola sepak negara mencipta sejarah apabila berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir Kejohanan AFC bawah 23 tahun yang berlangsung di Stadium Kunshan, China melalui gol tunggal jaringan Mohammad Danial Amier Norhisham pada babak pertama.
Dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan itu, Malaysia mempamerkan aksi membanggakan apabila mula mengasak dari awal perlawanan untuk mendapatkan gol pendahuluan.
Usaha itu berhasil pada minit ke-28 apabila Mohammad Daniel berjaya menjaringkan gol yang dicari melalui satu rembatan kencang melepasi jangkauan penjaga gol Arab Saudi, Amin Al Bukhari.
Asakan berterusan Arab Saudi untuk mencari gol bagaimanapun menemui jalan buntu, sebaliknya Hamdan Al Shamrani pula dilayangkan kad merah pada penghujung perlawanan selepas mengasari pemain Malaysia.
Gol tunggal itu sudah lebih dari memadai untuk mengesahkan tempat Malaysia dalam kalangan lapan terbaik Asia, dengan berada di tempat kedua kumpulan C di belakang Iraq, yang turut mencatat kemenangan 1-0 ke atas Jordan.
Topic Berkaitan
#afc
#Arab Saudi
#B23
#bola sepak
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan