awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejuaraan dunia Anthony Joshua dirampas Andy Ruiz Jr menerusi TKO

Hilmi Ismail
Hilmi Ismail
02/06/2019
09:04 MYT
Kejuaraan dunia Anthony Joshua dirampas Andy Ruiz Jr menerusi TKO
Joshua (kiri) tewas di tangan petinju Amerika Syarikat, Andy Ruiz Jr pada perlawanan tinju yang diadakan di Madison Square Garden di New York pada Ahad. - Foto AP
JAGUH tinju sensasi Britain, Anthony Joshua dikejutkan dengan kekalahan pertama dalam kariernya sebagai petinju professional.
Joshua tewas di tangan petinju Amerika Syarikat, Andy Ruiz Jr pada perlawanan tinju yang diadakan di Madison Square Garden di New York pada Ahad.
Semasa perlawanan berlangsung, Ruiz berjaya menjatuhkan Joshua sebanyak empat kali sepanjang perlawanan sehinggalah pengadil menghentikan perlawanan pada pusingan ke tujuh, sekali gus memberi kemenangan kepada Ruiz dengan cara TKO.
"Satu penghormatan kepada Andy, penghormatan yang sangat besar," kata Joshua semasa ditemubual selepas perlawanan.
"Dia adalah seorang peninju yang sangat handal. Terima kasih Amerika. Terima kasih pada semua yang datang pada malam ini."
"Maafkan saya kerana telah menghampakan rakan-rakan saya. Maafkan saya juga kerana menghampakan penyokong saya. Tiada alasan dari saya. Saya terperangkap dengan tumbukan yang kuat, tahniah kepadanya," tambah Joshua lagi.
Dengan kekalahan ini, Joshua terpaksa melepaskan kejuaraan miliknya kepada Ruiz iaitu kejuaraan dunia IBF, WBA dan WBO bagi divisyen heavyweight.
Joshua yang baru berusia 29 tahun kini mempunyai rekod tinju sebanyak 22 menang (21 dengan cara KO) dan satu kekalahan.
Topic Berkaitan
#Andy Ruiz Jr
#Anthony Joshua
#Madison Square Garden
#New York
#perlawanan tinju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan