awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekal fokus, disiplin permainan ketika lawan JDT - Kim Swee

Bernama
Bernama
13/07/2022
20:00 MYT
Kekal fokus, disiplin permainan ketika lawan JDT - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata pasukan itu perlu menggandakan usaha untuk mengelak keciciran mata pada perlawanan itu. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Pemain Sabah FC tidak seharusnya terlalu memikirkan soal menang atau kalah dalam perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) Jumaat ini, sebaliknya perlu mengekalkan fokus dan disiplin tinggi sepanjang permainan.
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata sudah tentu kemenangan akan memberikan keyakinan tinggi kepada skuad The Rhinos untuk menempuh perlawanan selepas itu, namun pasukan itu perlu menggandakan usaha untuk mengelak keciciran mata pada perlawanan itu.
Beliau berkata perlawanan 'top of the table clash' menemukan pasukan di kedudukan pertama dan kedua Liga Super itu dilihat sengit, justeru Sabah FC memerlukan pemain ke-12 iaitu penyokong setia untuk datang ke Stadium Likas dan memberikan sokongan padu kepada pasukan itu.
"Pemain juga perlu mengekalkan momentum perlawanan sebelum ini. Kita anggap semua perlawanan adalah sangat penting lebih-lebih lagi apabila bertemu dengan pasukan pilihan seperti JDT ini," katanya menerusi kenyataan malam tadi.
Pada masa ini JDT berada di kedudukan pertama Liga Super dengan 23 mata selepas sembilan perlawanan, manakala Sabah FC di tangga kedua dengan 22 mata selepas 10 perlawanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah FC
#Ong Kim Swee
#Liga Super
#JDT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan