awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelayakan Piala Asia Wanita B-20: Malaysia tewas 0-3 kepada Iran

Bernama
Bernama
06/08/2025
21:30 MYT
Kelayakan Piala Asia Wanita B-20: Malaysia tewas 0-3 kepada Iran
Pemain Malaysia Dian Aqilah Imran diasak pemain Iran Nazanin Mansor Alvares pada perlawanan kumpulan F Kelayakan Piala Asia Wanita Bawah 20 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak bawah-20 (B-20) memulakan kempen kelayakan Piala Asia Wanita B-20 dengan langkah kiri apabila tumpas 0-3 di tangan Iran dalam aksi Kumpulan F yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, semalam.
Iran membuka tirai jaringan menerusi penyerang utama, Maryam Dini, yang meledak dua gol pada minit ke-13 dan ke-28, sebelum pemain gantian, Asal Ghajarian, melengkapkan kemenangan pasukannya dengan gol ketiga pada penghujung perlawanan.
"Saya tidak gembira dengan keputusan ini kerana saya benci kalah. Mereka kekal berpegang kepada pelan permainan yang ditetapkan, namun malangnya, beberapa kesilapan individu telah menghukum kami," kata ketua jurulatih negara Cameron Ng pada sidang media selepas perlawanan.
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia berada di tangga ketiga kumpulan, manakala Iran di kedudukan kedua dengan tiga mata - dibezakan menerusi perbezaan jaringan dengan pendahulu kumpulan, Jepun.
Terdahulu, Jepun membelasah Guam 5-0 dalam satu aksi kumpulan yang berlangsung sebelah petang.
Malaysia akan berdepan tugas getir menentang Jepun pada Jumaat, sebelum menutup kempen kelayakan Kumpulan F menentang Guam, Ahad ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelayakan Piala Asia Wanita B-20
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami