awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelayakan Piala Asia Wanita: Malayan Tigress tunai janji tewaskan Palestin

Astro Arena
Astro Arena
22/09/2021
22:15 MYT
Kelayakan Piala Asia Wanita: Malayan Tigress tunai janji tewaskan Palestin
Skuad bimbingan Jacob Joseph tersebut mempamerkan permainan yang lebih kemas berbanding ketika tunduk dalam aksi pembukaan. - Stadium Astro
PALESTIN 0 MALAYSIA 2
Malayan Tigress mencatat kemenangan meyakinkan ketika menundukkan Palestin 2-0 dalam pertemuan kelayakan Piala Asia Wanita 2022, semalam.
Perlawanan Kumpulan H di Stadium Faisal Al Husseini itu menyaksikan skuad bimbingan Jacob Joseph tersebut mempamerkan permainan yang lebih kemas berbanding ketika tunduk dalam aksi pembukaan menentang Thailand pada Ahad.
BACA: Tewas 0-4 kepada Thailand, Malayan Tigress bermula langkah kiri
Pintu gol Malaysia yang dikawal Nurul Azurin Mazlan itu hanya sekali diuji tuan rumah sementara skuad negara seharusnya lebih awal memecah kebuntuan untuk separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan.
Penantian Malaysia untuk menggegar gawang lawan hadir tiga minit sebelum sejam permainan apabila Andrea Lee berada di kedudukan tepat untuk menolak masuk situasi di depan gol.
Sumber Facebook photo.php?fbid=546979306375310&set=a.382410149498894&type=3"><
Malaysia juga hampir mengukuhkan kedudukan tidak lama selepas itu tapi kali ini voli Nur Farishah Erinna Hisham dapat dikuis keluar oleh penjaga gol.
Jaringan kedua akhirnya menyusul pada minit ke-81 apabila sepakan percuma Steffi Sarge Kaur gagal didakap kemas penjaga gol.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Malayan Tigress
#Piala Asia Wanita
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan