awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Hang-seo gemuruh bertemu Harimau Malaya

Astro Arena
Astro Arena
09/10/2019
22:58 MYT
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Hang-seo gemuruh bertemu Harimau Malaya
Pak Hang Seo bercakap kepada pemberita pada sidang media pra-perlawanan di ibu pejabat Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) di Hanoi, 9 Okt, 2019. Astro ARENA
PENGENDALI Vietnam, Park Hang-seo, gentar berdepan Malaysia apabila tetap mahu mempertaruhkan kudrat Doan Van Hau dan Nguyen Cong Phuong walaupun kedua-dua pemain itu bergelut dengan prestasi masing-masing.
Van Hau dan Cong Phuong sememangnya antara dua pemain yang mampu menjadi ancaman besar kepada skuad Harimau Malaya.
Ia berdasarkan status dua pemain terbabit yang berpangkalan di Eropah bersama kelab Belanda dan Belgium.
Begitupun, kedua-duanya itu tampak berdepan dengan masalah prestasi kerana kurang minit permainan bersama kelab masing-masing.
Malah, situasi terkini menyaksikan Van Hau selaku tonggak pertahanan berdepan masalah 'jet lag' kerana baru sahaja tiba dari Eropah.
"Saya tidak menafikan kedua-dua pemain itu kurang mendapat peluang beraksi bersama kelab masing-masing tetapi itu tidak bermakna saya akan mengetepikan mereka.
"Sebaliknya, pemain terbabit adalah sandaran utama pasukan ini untuk mendapatkan kemenangan berdepan Malaysia," kata Hang-seo.
BACA: Hanya kemenangan perlu diraih Harimau Malaya
BACA: Malaysia tepati ramalan tewaskan Sri Lanka 6-0
Kegusaran pengendali dari Korea Selatan itu juga terserlah apabila mengakui Harimau Malaya melalui banyak perubahan positif dalam corak permainan yang dipersembahkan.
Ini juga termasuk kehadiran beberapa pemain berdarah campuran seperti Brendan Gan, Matthew Davies dan Corbin Ong.
"Pasukan lawan menunjukkan banyak peningkatan sejak mereka melakukan perubahan pemain, terutama apabila membawa masuk pemain berdarah campuran.
"Ia memberi impak berbeza kepada pasukan berkenaan dan kami harus berwaspada dengan situasi tersebut," tambahnya.
Topic Berkaitan
#ancaman
#bola sepak
#Doan Van Hau
#harimau Malaya
#jet lag
#ketua jurulatih
#Malaysia
#masalah prestasi
#Nguyen Cong Phuong
#Park Hang-seo
#Piala Asia
#Piala Dunia
#Stadium Nasional My Dinh
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan