awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes doping: Hukuman penggantungan Muhammad Shah dikurangkan 6 bulan

Bernama
Bernama
10/05/2015
03:53 MYT
Kes doping: Hukuman penggantungan Muhammad Shah dikurangkan 6 bulan
Penggantungan Muhammad Shah Firdaus akan berakhir pada 31 Mei ini. - Gambar fail
Panel Rayuan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) pada Sabtu memutuskan untuk mengurangkan hukuman penggantungan terhadap pelumba trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dari 18 kepada 12 bulan.
Keputusan itu disahkan Naib Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh Gill dalam kenyataan di sini semalam.
Amarjit berkata walaupun panel tersebut mengakui keputusan yang dibuat pada 10 April lepas itu adalah tepat, panel itu berpendapat terdapat kelewatan memaklumkan hasil ujian makmal itu kepada pelumba berkenaan dan timbul keraguan berdasarkan keterangan saksi.
Beliau berkata berikutan alasan-alasan tersebut, panel itu berpuas hati bahawa pengurangan penggantungan kepada 12 bulan itu mempunyai justifikasi yang mana ia akan berakhir pada 31 Mei ini.
Penggantungan Shah Firdaus berakhir 31 Mei
"Dengan pengurangan penggantungan itu, Muhammad Shah Firdaus boleh meneruskan latihan dan kembali aktif dalam sukan berbasikal bermula 1 Jun," kata Amarjit yang juga Pengerusi Jawatankuasa Anti Doping PKBM.
Muhammad Shah Firdaus, 19, didapati positif mengambil dadah terlarang jenis 'dexamethasone' hasil pemeriksaan terhadap air kencingnya semasa menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) di Kangar pada 31 Mei 2014.
Pada 10 April lepas, Agensi Antidoping Malaysia (Adamas) menjatuhkan hukuman 18 bulan ke atas pelumba berkenaan dengan tempoh penggantungan itu berkuat kuasa mulai 31 Mei 2014 sehingga 31 Nov 2015.
Sementara itu, Amarjit mengingatkan kepada atlet agar sentiasa berhati-hati apabila mengambil sesuatu bahan makanan itu.
Topic Berkaitan
#doping
#Muhammad Shah Firdaus Sahrom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan