awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keuntungan Piala Dunia Qatar 2022 dijangka cecah AS$17 bilion

Bernama
Bernama
30/09/2022
09:39 MYT
Keuntungan Piala Dunia Qatar 2022 dijangka cecah AS$17 bilion
Keuntungan daripada Piala Dunia di Qatar dijangka mencecah sekitar AS$17 bilion. - Gambar fail/AP
DOHA: Keuntungan daripada Piala Dunia di Qatar dijangka mencecah sekitar AS$17 bilion, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Piala Dunia FIFA 2022, Nasser Al Khater.
Beliau berkata kos perbelanjaan infrastruktur dan pembinaan Piala Dunia mencecah AS$8 bilion, yang secara relatifnya hampir sama dengan kos penganjuran Piala Dunia sebelum ini.
"Ini bermakna kami akan mencapai hasil yang berganda daripada kos, dan Qatar akan memperoleh keuntungan Piala Dunia semasa dan selepas kejohanan," lapor Agensi Berita Qatar (QNA) memetik Al Khater.
Menurut beliau jumlah pelawat yang besar akan datang ke Qatar untuk menonton perlawanan itu dan meneroka budayanya.
Beliau juga menyebut bahawa jumlah pengikut Piala Dunia dari luar Qatar akan mencecah rekod.
Beliau berkata kajian yang dijalankan oleh Jawatankuasa Tertinggi Penyampaian dan Warisan menjangkakan antara 3 dan 4 bilion orang di seluruh dunia akan menonton Piala Dunia Qatar 2022.
Al Khater turut menyatakan Qatar sudah bersedia sepenuhnya untuk menerima kedatangan pelancong yang besar dan juga untuk penganjuran Piala Dunia yang akan tiba beberapa minggu lagi.
Negara itu menjangkakan akan menyambut hampir satu juta orang, termasuk 12,000 wakil media ke Piala Dunia, lapor QNA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia Qatar 2022
#bola sepak
#FIFA
#Piala Dunia FIFA 2022
#Nasser Al Khater
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan