awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairul Anuar tempah tiket ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro

Bernama
Bernama
08/11/2015
15:12 MYT
Khairul Anuar tempah tiket ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro
Pada aksi di final di Bangkok, Khairul Anuar menewaskan pemanah Mongolia, Gantugs Jantsan 6-0 untuk meraih pingat emas.
Atlet memanah negara, Khairul Anuar Mohamad menempah tiket ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil selepas menjuarai pusingan Olimpik Kejohanan Memanah Asia di Bangkok, pada Ahad.
Pencapaian beliau menambah bilangan atlet negara ke Rio de Janeiro selepas empat penerjun negara iaitu Pandelela Rinong Pamg, Ooi Tze Liang, Nur Dhabitah Sabri dan Ng Yan Yee yang sudah mengesahkan tiket lebih awal.
Pada aksi di final, Khairul Anuar menewaskan pemanah Mongolia, Gantugs Jantsan 6-0 untuk meraih pingat emas.
Kejayaan berkenaan memastikan satu tiket buat Malaysia untuk beraksi dalam acara recurve individu di Brazil pada tahun depan.
Seorang lagi pemanah negara, Haziq Kamaruddin terlepas pingat gangsa apabila tewas kepada pemanah Kazakhstan, Sultan Duzebayev 4-6 dalam penentuan tempat ketiga.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata jika sebelum ini harapan bergantung kepada badminton serta sukan terjun untuk memenangi pingat namun sukan memanah juga dilihat mempunyai potensi.
"Pemanah negara Khairul Anuar Mohamad telah muncul juara kelayakan Olimpik di Kejohanan Memanah Asia di Thailand. Ini memang satu kelayakan yang dinantikan, saya memang menjangkakan dan beliau memang layak...tahniah buat beliau," kata beliau.
Topic Berkaitan
#Khairul Anuar Mohamad
#memanah
#Rio de Janeiro
#Sukan Olimpik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan