awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy seru kepimpinan baru KBS teruskan kecemerlangan

Astro Arena
Astro Arena
27/02/2018
21:56 MYT
Khairy seru kepimpinan baru KBS teruskan kecemerlangan
Khairy juga berharap sesiapa sahaja yang bakal memimpin Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selepas ini mampu meneruskan beberapa dasar sukan yang dianggap membawa keputusan positif. - Gambar fail
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, menyifatkan pesanan yang diberikan ketika perhimpunan atlet negara 2018 merupakan amanat terakhirnya sepanjang tempoh lima tahun memegang tampuk kepimpinan di Kementerian Belia dan Sukan.
Antara amanat Khairy adalah mahu memastikan struktur sukan yang sedia ada dipelihara bagi memastikan atlet-atlet Malaysia terus cemerlang di pentas dunia.
Khairy juga berharap sesiapa sahaja yang bakal memimpin Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selepas ini mampu meneruskan beberapa dasar sukan yang dianggap membawa keputusan positif, antaranya program berprestasi tinggi seperti Program Podium yang dilihat mampu melahirkan beberapa juara dunia daripada pelbagai cabang sukan.
"Saya harap segala yang telah diusahakan dapat diinstitusikan dan dapat dijadikan dasar kepada sistem pengurusan sukan.
"Saya tidak katakan apa yang dilihat pada hari ini adalah kejayaan daripada lima tahun yang lepas, ada perkara yang telah dimulakan sebelum kehadiran saya.
"Benda yang baik kita teruskan dan siapa sahaja yang datang, mereka mempunyai tanggungjawab dan wajar semak semula apa sahaja yang berjaya dan kurang berjaya," katanya.
Tidak tertumpu kepada perihal kejayaan atlet Malaysia, Khairy tidak berselindung dalam mengingatkan kegagalan ketika Sukan Komanwel dan Sukan Asia Incheon 2014, begitu juga kes negatif seperti doping dalam kalangan atlet mampu dibendung pada masa akan datang.
Seramai 470 atlet dan 76 jurulatih, termasuk wakil-wakil persatuan sukan, menghadiri perhimpunan atlet tahun 2018 di Kuala Lumpur, hari ini.
"Sudah tentu siapa sahaja yang memegang jawatan menteri ini di masa akan datang perlu melakukan perubahan kepada setiap aspek yang kurang berjaya.
"Saya tidak katakan apa yang telah dilakukan adalah yang terbaik, mungkin hari ini kita dapat saksikan kejayaan dan mungkin juga ada perkara yang akan mengalami kepincangan di masa akan datang," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Asia
#Belia
#doping
#Incheon
#KBS
#Khairy Jamaluddin
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#menteri
#perhimpunan
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan