awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump luah kekecewaan terhadap NATO, Rutte memahami
Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan 2026 Malaysia kepada 4.4 peratus
Lonjakan harga bahan api jet dijangka cetus penggabungan syarikat penerbangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KL2017: Indonesia bantah insiden baling mercun, KJ diserbu

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
26/08/2017
15:53 MYT
KL2017: Indonesia bantah insiden baling mercun, KJ diserbu
Beberapa pegawai pasukan Indonesia dilihat cuba menyerbu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebaik melihat kelibat beliau turun ke padang bagi meraikan kemenangan pasukan Malaysia. - Foto Astro AWANI
Susulan perlawanan separuh akhir Sukan SEA ke-29 antara pasukan Malaysia dan Indonesia malam tadi, pasukan Indonesia melahirkan bantahan terhadap apa yang disifatkan insiden membaling mercun yang dikatakan berlaku sewaktu perlawanan.
Ketua jurulatih pasukan Indonesia, Luis Milla Aspas dalam sidang akhbar yang dilakukan selepas perlawanan itu menyatakan bahawa mercun telah dilontar ke arah pemain pasukannya yang sedang memanaskan badan sehingga didakwa menyebabkan kecederaan kepada beberapa pemain mereka termasuk berlaku pendarahan.
"Kami (Indonesia) bukan mahu protes tentang penalti yang mungkin sepatutnya kami perolehi. Apa yang kami mahu protes adalah tentang insiden balingan 'bom' (mercun) yang menyebabkan kecederaan kepada pemain kami. Ada berlaku pendarahan. Mereka tahu pemain kami sedang memanaskan badan di situ," katanya.
BACA:Thanabalan muncul wira, bawa Malaysia ke final bola sepak
Sementara itu beberapa pegawai pasukan Indonesia dilihat cuba menyerbu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebaik melihat kelibat beliau turun ke padang bagi meraikan kemenangan pasukan Malaysia.
Ia dipercayai bagi melahirkan bantahan kepada beliau. Namun keadaan berjaya dikawal sepenuhnya tanpa ada insiden buruk berlaku.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Khairy Jamaluddin
#KJ
#Malaysia
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan