awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuching City kutip mata berharga tewaskan Kelantan 1-0

Bernama
Bernama
26/08/2024
21:40 MYT
Kuching City kutip mata berharga tewaskan Kelantan 1-0
Pemain Pertahanan Kuching City FC Jimmy Raymond (kiri) mengawal bola daripada pemain Kelantan Darul Naim FC Muhammad Faizal Muhammad Talib pada saingan Liga Super di Stadium Negeri. - Foto BERNAMA
KUCHING: KUCHING, 26 Ogos -- Kuching City FC mengutip tiga mata berharga untuk kekal di kedudukan keempat Liga Super 2024/2025 dengan menewaskan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 1-0 di Stadium Negeri di sini, malam tadi.
Gol tunggal perlawanan yang diadakan dalam keadaan hujan itu dijaringkan pada minit ke-36 oleh Jordan Mintah yang menanduk masuk hantaran dari Amir Amri Salleh dari sebelah kanan pintu gol Kelantan.
Kuching City menguasai sebahagian besar perlawanan itu dengan mencipta beberapa gerakan berbahaya namun ketangkasan penjaga gol KDN FC, Khatul Annuar Md Jalil telah mengecewakan pasukan tuan rumah.
Khatul Annuar bagai tidak terkesan setelah gagal menangkis tandukan Mintah yang menghasilkan gol kemenangan tuan rumah dengan terus menunjukkan kecemerlangannya menafikan beberapa lagi peluang Kuching City untuk menambah jaringan.
Kehebatan penjaga gol tuan rumah, Mohd Shahril Sa'ari juga terserlah apabila dia berjaya menggagalkan beberapa percubaan pasukan pelawat dan benteng pertahanan Kuching kekal ampuh sehingga wisel penamat ditiupkan pengadil Firdaus Dahlan.
Kekalahan di Stadium Negeri malam ini merupakan yang kelapan bagi Kelantan yang mengekalkan mereka di tangga tercorot liga.
-- BERNAMA
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Kuching City FC
#KDN FC
#stadium negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan