awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lai Pei Jing jadi mangsa sindiket penipuan, wang simpanan lesap

Astro Arena
Astro Arena
03/06/2024
04:00 MYT
Lai Pei Jing jadi mangsa sindiket penipuan, wang simpanan lesap
Pemain berusia 31 tahun itu berkongsi insiden malang yang menimpa dirinya di media sosial.
PEMAIN beregu profesional negara, Lai Pei Jing, menjadi mangsa sindiket penipuan.
Pemain berusia 31 tahun itu berkongsi insiden malang yang menimpa dirinya di media sosial dan berharap ruang diberikan kepada dia dan keluarga untuk bertenang.
“Pertama sekali, kepada saudara-mara dan rakan-rakan saya yang melihat siaran ini, sama ada anda ingin tahu atau prihatin, sila berikan saya dan keluarga saya ruang peribadi untuk menangani emosi kami.
“Tolong beri kami masa untuk memproses segala-galanya, terutamanya ibu saya. Terima kasih.
“Ya, saya telah ditipu hampir semua wang simpanan saya oleh kumpulan penipuan.
"Sejujurnya, ini merupakan tamparan yang amat berat kepada saya. Simpanan titik peluh saya hasil kerja keras selama berdekad-dekad.
“Ia memerlukan keberanian yang tinggi untuk bercakap tentang ditipu kerana siapa yang mahu memberitahu orang lain bahawa mereka ditipu dengan sedemikian cara bukan?
"Apabila saya telah menyesuaikan diri dengan situasi itu, saya akan berkongsi lebih lanjut mengenainya.
"Saya berharap dapat mengelakkan lebih ramai mangsa dan juga memaksa diri saya untuk menerima hakikat bahawa saya telah ditipu," baca sebahagian daripada catatan bekas pemain kebangsaan itu. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Lai Pei Jing
#sindiket penipuan
#wang simpanan
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan