awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LaLiga: Ferran Torres wira Barcelona, Rashford diketepi isu disiplin

Astro Arena
Astro Arena
22/09/2025
03:05 MYT
LaLiga: Ferran Torres wira Barcelona, Rashford diketepi isu disiplin
Ferran Torres menjaringkan gol kedua pasukannya ketika perlawanan LaLiga antara Barcelona dan Getafe di Stadium Johan Cruyff, Barcelona, Sepanyol, 21 Sept 2025. (Foto AP)
GOL berganda Ferran Torres memastikan Barcelona membenam Getafe 3-0 dalam kemenangan La Liga pada awal pagi tadi.
'Shark' kembali dalam kesebelasan utama Barca dan menemui dua sentuhan penyudah untuk menjulang barisan Hansi Flick itu di Estadi Johan Cruyff.
Ferran mengakui ia akan menjadi perlawanan sukar untuk menentang anak buah Jose Bordalas itu tatkala Marcus Rashford -- yang menjadi wira ketika menumpaskan Newcastle United di peringkat Eropah -- memanaskan bangku simpanan kerana masalah disiplin sebelum mencipta satu gerakan gol.
"Kami tahu ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Mereka tidak menawarkan apa-apa, mereka cuba melakukan terlalu banyak kekasaran tetapi kami dapat menanganinya dengan baik.
"Bagaimanapun, kami tidak memulakan separuh masa kedua dengan baik tetapi yang penting ialah memungut tiga mata," katanya selepas perlawanan.
Torres juga merasakan prestasinya itu mampu mengukuhkan posisinya dalam skuad utama dengan berkata: "Saya sering mengatakan bahawa saya mampu menjadi sandaran utama Barça dan saya akan memanfaatkan setiap peluang."
Bintang Sepanyol itu sudah mencetak empat gol dan satu bantuan jaringan dalam lima perlawanan setakat ini.
Marcus Rashford's last three games for Barcelona: Keeps on delivering pic.twitter.com/Ql88jpzenC
— B/R Football (@brfootball) September 21, 2025
Topic Berkaitan
#barcelona
#LaLiga
#Getafe
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan