awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: WHO beri amaran risiko kesihatan jangka panjang susulan serangan loji nuklear Bushehr
Amaran ribut petir, angin kencang di 10 negeri dan KL hingga 8 malam ini
Polis tahan seorang lelaki dipercayai terlibat kes tetak di Bera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LaLiga: Real Madrid pesta jaringan tanpa kelibat Kylian Mbappe

Astro Arena
Astro Arena
05/01/2026
04:45 MYT
LaLiga: Real Madrid pesta jaringan tanpa kelibat Kylian Mbappe
Los Blancos tidak menunjukkan sebarang masalah tanpa khidmat Kylian Mbappe, mempamerkan sentuhan yang cukup klinikal dalam aksi selepas bersambung rehat musim sejuk. - Agensi via Stadium Astro
GONZALO Garcia menjaringkan hatrik ketika Real Madrid menewaskan Real Betis 5-1 awal pagi tadi.
Los Blancos tidak menunjukkan sebarang masalah tanpa khidmat Kylian Mbappe, mempamerkan sentuhan yang cukup klinikal dalam aksi selepas bersambung rehat musim sejuk.
Skuad kendalian Xabi Alonso bergelut mencari peluang di awal permainan, namun akhirnya membuka jaringan apabila Garcia menanduk masuk sepakan percuma Rodrygo.
Vinicius Jr kelihatan memberikan ancaman di bahagian sayap sementara Betis turut berusaha mendapatkan gol namun dinafikan beberapa kali oleh Thibaut Courtois.
Los Blancos terus cemerlang dalam separuh masa kedua, Garcia menggandakan kelebihan sebelum pemain pertahanan, Raul Asencio, menjadikan kedudukan tiga gol tanpa balas.
Cucho Hernandez mengurangkan defisit jaringan namun Garcia meleburkan sebarang peluang kebangkitan lawan sebelum Fran Garcia meledak gol kelima Madrid. -- Stadium Astro

Topic Berkaitan
#LaLiga
#Real Madrid
#Kylian Mbappe
#Real Betis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan