awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 5,000 peminat 4x4 banjiri Stadium Shah Alam

Astro Awani
Astro Awani
26/05/2025
01:20 MYT
Lebih 5,000 peminat 4x4 banjiri Stadium Shah Alam
Program Truck Fighter 1.0 Meet & Show yang berlangsung di pekarangan parkir Stadium Shah Alam pada Ahad, meraikan semua pemilik kenderaan 4x4, terutamanya generasi muda. - Foto/Urusetia Truck Fighter 1.0 Meet & Show
KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 peminat dunia automotif membanjiri pekarangan parkir Stadium Shah Alam pada Ahad bagi memeriahkan acara sulung Truck Fighter 1.0 Meet & Show, yang merupakan satu perhimpunan terbesar komuniti 4x4 di Malaysia.
Program anjuran Zaki GM Garage Sdn Bhd itu meraikan semua pemilik kenderaan 4x4, terutamanya generasi muda, untuk berkumpul dalam satu platform yang menyatukan peminat dunia automotif serta para usahawan bengkel 4x4 di seluruh negara.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Zaki GM, Azmar Zaki Ayub, program itu bukan sekadar platform untuk dunia 4x4, tetapi turut membawa gaya hidup keluarga yang sarat dengan elemen perkongsian dan interaksi dalam kalangan komuniti.
”Dimensi jaringan ini turut diperluas melalui kehadiran wakil syarikat automotif terkemuka serta undangan dari Thailand, yang membuka ruang luas bagi membina hubungan strategik dan pertukaran pengalaman berharga dalam industri pemotoran 4x4,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, program itu juga dianjurkan antaranya bagi meningkatkan jenama bengkel perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, platform jaringan serantau, perkongsian teknologi permotoran 4x4, serta pengumpulan data sukarelawan kebangsaan.
"Program ini juga mengambil inisiatif mengumpulkan data sukarelawan dari setiap negeri sebagai persediaan menghadapi bencana, membolehkan tindakan pantas dan koordinasi lebih efektif pada masa hadapan
"Dengan sambutan yang menggalakkan serta penyertaan pelbagai pihak, Truck Fighter 1.0 Meet & Show membuktikan potensi besar komuniti 4x4 sebagai pemacu inovasi, jaringan industri dan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia," ujar Azmar.
Topic Berkaitan
#Truck Fighter 1 0 Meet & Show
#Komuniti 4x4
#PKS Malaysia
#stadium shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami