awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Layth Kharoub dari Palestin sah sertai KDNFC

Bernama
Bernama
26/08/2024
14:53 MYT
Liga Super: Layth Kharoub dari Palestin sah sertai KDNFC
Pemain berusia 33 tahun itu adalah bekas pemain antarabangsa Palestin yang beraksi di posisi sayap dan berkeupayaan bertindak sebagai penyerang. - Facebook Kelantan Darul Naim FC
KOTA BHARU: Selepas pemain kebangsaan Palestin Oday Kharoub, 31, menggalas cabaran Kelantan Darul Naim (KDN) FC dalam saingan Liga Super 2024/2025 sejak Mac lalu, kini abangya Layth menjadi pemain import baharu pasukan itu musim ini.
KDN FC dalam kenyataan malam ini memaklumkan pemain berusia 33 tahun itu adalah bekas pemain antarabangsa Palestin yang beraksi di posisi sayap dan berkeupayaan bertindak sebagai penyerang.
"Dia menyertai pasukan setelah menjalani sisi pemilihan ketat bersama barisan kejurulatihan sejak Julai lalu termasuk diturunkan pada aksi persahabatan menentang Nara United dari Thailand," menurut kenyataan itu.
Karier antarabangsa Layth bermula pada tahun 2020 dengan 11 kali penampilan serta menjaringkan lima gol sepanjang mewakili skuad negaranya.
Sebelum ini, KDN FC telah menamatkan kontrak dua penyerang import iaitu pemain dari Guinea-Bissau, Valdumar Augusto Te dan Chadrack Lukombe Muzungu dari Congo.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#layth kharoub
#Palestin
#KDNFC
#pemain import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan