awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Pahang atasi Felda United

Astro Awani
Astro Awani
27/04/2013
00:12 MYT
Liga Super: Pahang atasi Felda United
Pahang memperoleh kemenangan ketujuh musim ini selepas mengatasi Felda United 2-0 di Kuantan dalam perlawanan bola sepak Liga Super malam tadi.
Kemenangan itu memberikan skuad Tok Gajah 23 mata daripada 14 perlawanan.
Turun sebagai tuan rumah, Pahang mempamer corak permainan terbuka sejak awal babak pertama.
Sementara Felda lebih selesa bertahan dengan menyerap segala asakan skuad Tok Gajah.
Gol pertama hadir pada minit ke-25 selepas tonggak import Pahang, Matias Conti pantas membuat tindakan susulan.
Masuk babak berikutnya, permainan bertukar seimbang dengan kedua-dua pasukan mencipta peluang jaringan.
Namun, Pahang lebih unggul apabila memperoleh gol kedua menerusi Fauzi Roslan.
Berpunca sepakan percuma, fauzi mudah menyempurnakan umpanan damion stewart bagi menggandakan pendahuluan tuan rumah.
Keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat.
Di Kuala Terengganu, Negeri Sembilan terus kempunan dalam buruan kemenangan sulung mereka.
Kali ini skuad Jang itu terpaksa tunduk dengan keputusan tipis satu-kosong kepada terengganu
Gol kemenangan Peteh dijaringkan Ashaari Shamsuddin menerusi sepakan penalti yang disempurnakan pada minit terakhir permainan.
Satu lagi perlawanan menyaksikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencatat kemenangan 2-0 ke atas PKNS Selangor di Paroi.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Felda United
#Liga Super
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan